Monday, March 21, 2022

Struktur - Tax Agent

 𝐂𝐏𝟐𝟎𝟒, 𝐂𝐏𝟐𝟎𝟒𝐀 & 𝐂𝐏𝟓𝟎𝟎

𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐂𝐏𝟐𝟎𝟒 ?
CP204 adalah anggaran cukai tahun semasa dan hendaklah tidak kurang daripada 85% cukai tahun taksiran sebelum. Penghantaran borang adalah sebulan sebelum tarikh akhir kewangan.
Jika pentaksiran cukai adalah melebihi 30% daripada nilai anggaran, penalti 10% di atas nilai kenaikan akan dikenakan.
𝐂𝐎𝐍𝐓𝐎𝐇 :-
- Syarikat bagi tahun berakhir Disember perlu mengemukakan Borang CP204 sebelum bulan November (sebulan sebelum tarikh akhir tempoh kewangan)
𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐂𝐏𝟐𝟎𝟒𝐀?
Syarikat dibenarkan untuk membuat pindaan anggaran cukai yang kena dibayar dengan mengemukakan boring CP204A.
Borang CP204 bagi suatu tahun taksiran boleh dipinda dalam bulan ke-6 atau ke-9 atau kedua-duanya dalam tempoh asas untuk suatu tahun taksiran:
i. Sekiranya pindaan dibuat dalam bulan ke-6, ansuran pindaan berkuat kuasa boleh dipilih bermula ansuran ke-5 atau ke-6.
ii. Sekiranya pindaan dibuat dalam bulan ke-9, ansuran pindaan berkuat kuasa boleh dipilih bermula ansuran ke-8 atau ke-9.
𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐂𝐏𝟓𝟎𝟎?
Pembayar cukai yang mempunyai sumber pendapatan selain daripada penggajian seperti perniagaan, sewa dan royalty dikehendaki membuat bayaran ansuram setiap dua bulan sekali sehingga enam kali ansuran mulai daripada bulan Mac setiap tahun.
Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDN dan akan dihantar kepada pembayar cukai pada setiap awal tahun menggunakan notis ansuran CP500. Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh dan jumlah bayaran ansuran seperti yang ditetapkan didalam CP500 tersebut.

No comments:

Post a Comment

Akauntan VS Auditor

Jika dulunya anda berbisnes Enterprise, akauntan sahaja sudah mencukupi untuk anda membuat persediaan menghantar borang cukai setiap tahun. ...