Anda boleh melantik daripada 5 golongan ini sebagai Setiausaha Syarikat anda iaitu ahli Bar Council iaitu peguam, ahli Malaysia Institute of Accountant (MIA) iaitu akauntan dan juruaudit, ahli the Malaysian Institute of Chartered Secretaries & Administrators (MAICSA) iaitu setiausaha syarikat berlesen ataupun individu yang dilantik oleh SSM sendiri
Setiausaha Syarikat ini akan mengenakan anda yuran setiausaha syarikat secara bulanan, suku tahunan atau tahunan di antara RM60 sehingga RM150 bergantung kepada siapa yang anda lantik sepanjang bisnes anda masih wujud di SSM
Individu yang dilantik ini akan membantu lembaga pengarah dalam memastikan syarikat patuh kepada garispanduan Akta Syarikat 2016
Antara 3 peranan utama Setiausaha Syarikat adalah:
1. Merekod minit mesyuarat dan menyimpan dengan selamat di pejabat berdaftar syarikat. Pejabat berdaftar adalah di mana Setiausaha Syarikat anda beroperasi. Dokumen ini adalah penting dan merupakan bukti utama sekiranya adanya kes-kes mahkamah berkaitan syarikat.
2. Memastikan syarikat menyerahsimpan maklumat dan dokumen penting seperti Laporan Tahunan (Annual Return).
3. Menasihati pengarah-pengarah syarikat dan ahli lembaga pengarah berkenaan pematuhan terhadap Akta Syarikat 2016 seperti perlu menghantar laporan audit dan laporan tahunan kepada SSM
Setiausaha syarikat ini boleh dilantik secara dalaman ataupun luaran. Sekiranya melantik setiausaha syarikat dalaman ianya dikira bekerja dan dibayar oleh gaji oleh syarikat Sdn Bhd, manakala setiausaha syarikat luaran akan dibayar yuran tertentu mengikut perkhidmatan yang diberikan.
Apakah itu laporan tahunan yang perlu diserah simpan ke SSM?
Annual Return adalah perkara wajib yang perlu diserahsimpan kepada SSM dalam masa 30 hari dari tarikh penubuhan SSM
Sekiranya gagal, syarikat dan pengarah bakal dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan denda RM1,000 setiap hari ke atas kesalahan yang berterusan.
Antara maklumat yang perlu ada di dalam laporan tahunan atau lebih dikenali sebagai Annual Return ini adalah:
1. Alamat perniagaan terkini
2. Aktiviti syarikat
3. Maklumat Pengarah
4. Maklumat Pemegang Saham
5. Maklumat Setiausaha Syarikat
6. Jumlah saham syarikat terkini
Laporan tahunan ini juga adalah penting sekiranya adanya berlaku perubahan berkaitan maklumat-maklumat berikut:
1. Alamat pejabat berdaftar
2. Jenis perniagaan
3. Alamat perniagaan
4. Jumlah hutang
5. Maklumat pengarah, pengurus, setiausaha dan juruaudit
6. Anggota pemegang saham
Peranan Setiausaha Syarikat dalam memastikan maklumat syarikat sentiasa dikemaskini ke SSM adalah sangat membantu anda sebagai seorang Pengarah supaya terus mematuhi garispanduan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 2016 dan dapat menjalankan perniagaan tanpa ragu-ragu dan takut-takut.
No comments:
Post a Comment