Jika dulunya anda berbisnes Enterprise, akauntan sahaja sudah mencukupi untuk anda membuat persediaan menghantar borang cukai setiap tahun. Ini tidak bagi Sdn Bhd.
Apakah perbezaan antara keduanya?
Akauntan dan Auditor kedua-duanya adalah ahli MIA berlesen bezanya adalah peranan mereka kepada syarikat anda
Secara umum, tugasan akauntan boleh dilakukan oleh pekerja anda sendiri tetapi juruaudit hendaklah bebas dan tiada kepentingan ke atas syarikat anda
Selain itu, akauntan adalah individu yang merekod segala jenis urusniaga, mengumpul dokumen sokongan yang terlibat dan menyediakan laporan penyata kewangan syarikat.
Jika anda mempunyai akauntan dalaman, tugasannya adalah merekod transaksi setiap hari dan menerima araham daripada pengarah secara terus
Manakala tugas juruaudit adalah melakukan pemeriksaan terhadap laporan penyata kewangan yang disediakan oleh akauntan sehingga fakta yang dinyatakan dapat disahkan oleh pihak juruaudit berdasarkan maklumat dari dokumen-dokumen sokongan yang disimpan setiap tahun.
Juruaudit akan menganalisis, meneliti dan menilai dokumen-dokumen yang disimpan oleh akauntan secara telus sehingga dapat menimbulkan keyakinan pada pihak berkepentingan syarikat seperti pemegang saham dan pelabur
Oleh yang demikian, sebagai sebuah syarikat Sdn Bhd, anda bukan hanya memerlukan juruaudit tetapi juga akauntan sebagai pelengkap bahagian kewangan syarikat.
No comments:
Post a Comment