Saturday, April 2, 2022

Tips Memilih Co Sec

Sebelum membuat keputusan untuk menubuhkan Sdn Bhd, anda juga perlu menimbangkan Setiausaha Syarikat yang mana pilihan hati anda untuk membantu anda menasihati hal-hal berkaitan pematuhan. Pemilihan ini sangat penting supaya anda mendapatkan khidmat yang terbaik daripada individu yang dilantik

Terdapat isu di antara syarikat dan setiausaha syarikat ini, yang adakalanya mengganggu urusan dan perjalanan operasi syarikat jika anda tersalah memilih. Oleh yang demikian, kami sediakan 7 tips untuk anda pertimbangkan sebelum melantik Setiausa Syarikat

1. Setiausaha syarikat tersebut mestilah berlesen dan berpengalaman luas. 

Melantik individu yang kurang pengalaman akan merencatkan proses dan perjalanan bisnes anda juga berisiko menanggung penalti atas kesilapan pihak luar tersebut

2. Lokasi yang strategik

Pejabar berdaftar yang berdekatan dengan premis anda adalah bonus dan menjimatkan masa penyerahan dokumen penting

3. Pengurusan operasi yang baik

Kunjungi pejabat mereka sebelum anda membuat perlantikan dan lihat bagaimana pejabat mereka beroperasi. Adakah mempunyai pekerja yang mencukupi dan adakah pengurusannya teratur

4. Bertemu muka

Ada dikalangan bakal pengarah yang tidak pernah berurusan dengan Setiausaha Syarikat secara bersemuka dan biasanya hanya berurusan dengan wakil beliau sahaja. Pastikan anda berurusan dengan individu yang bakal dilantik secara bersemuka sebelum membuat perlantikan

5. Dapatkan senarai harga perkhidmatan

Anda boleh mendapatkan senarai harga perkhidmatan termasuk pakej yang ditawarkan terlebih dahulu. Dengan ini, anda boleh membandingkannya dengan Setiausaha Syarikat yang lainnya

6. Pastikan individu tersebut berlesen

Anda boleh membuat carian di laman web SSM atau di pautan ini https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Licensed_Secretary_Auditors/Senarai-Setiausaha-Berdaftar.aspx

7. Baca feedback atau testimoni pelanggan semasa

Ambil masa untuk mencari feedback daripada pelanggan semasa mereka, dari situ anda boleh mengetahui samada ianya pilihan yang betul atau sebaliknya

Sebagai seorang pengarah syarikat anda berhak untuk menamatkan perkhidmatan Setiausaha Syarikat sekiranya individu tersebut tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Jangan takut atau hanya berserah kerana cabaran mengendalikan Sdn Bhd adalah lebih besar daripada itu

Tetapi mereka berhak untuk tidak menerima penamatan kontrak sekiranya anda mempunyai bayaran tertunggak kepada mereka sepanjang perlantikan tersebut.

Jadi, tidak membayar yuran Setiausaha Syarikat kerana tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan adalah solusi yang tidak tepat sama sekali.



No comments:

Post a Comment

Akauntan VS Auditor

Jika dulunya anda berbisnes Enterprise, akauntan sahaja sudah mencukupi untuk anda membuat persediaan menghantar borang cukai setiap tahun. ...