Monday, March 21, 2022

Struktur - Auditor

Selain Setiausaha Syarikat, syarikat juga perlu melantik seorang juruaudit luar. Individu ini berperanan menjalankan pemeriksaan ke atas laporan kewangan syarikat setiap tahun dan memberikan penilaian bebas.

Pemeriksaan ke atas laporan kewangan dengan melihat kepada dokumen-dokumen sokongan supaya ianya mematuhi piawaan yang ditetapkan adalah dikenali sebagai proses audit.

Anda tidak boleh melantik sebarang individu. Juruaudit yang dilantik hendaklah mempunyai lesen daripada Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan beliau hendaklah tiada kepentingan terhadap syarikat.

Penyata kewangan yang telah diaudit ataupun dikenali sebagai laporan audit perlu diserah simpan di SSM setiap tahun

Sekiranya, anda tidak mengetahui kepentingan audit, maka anda akan melihat tugas juruaudit ini menyusahkan operasi syarikat dan mengganggu ketenteraman anda. Walhal, tugasan ini adalah sangat penting bagi memastikan 3 perkara ini:

1. Memastikan catatan daripada akauntan syarikat adalah betul dan tiada unsur pecah amanah atau fraud

2. Laporan kewangan yang bersih dan tepat dapat menyakinkan pelabur dan bakal pelanggan 

3. Memberikan syarikat data yang sebenar untuk menyediakan langkah strategik bisnes masa hadapan


No comments:

Post a Comment

Akauntan VS Auditor

Jika dulunya anda berbisnes Enterprise, akauntan sahaja sudah mencukupi untuk anda membuat persediaan menghantar borang cukai setiap tahun. ...