Tugasan seorang akauntan adalah menyimpan rekod transaksi harian syarikat sehingga dapat menyediakan pelaporan penyata kewangan syarikat yang lengkap dan tepat.
Anda boleh mendapatkan khidmat Akauntan luar yang berdaftar dengan MIA secara bulanan atau tahunan. Di mana, mereka akan menyediakan laporan kewangan lengkap dengan menyemak dokumen yang telah syarikat sediakan.
Melantik akauntan yang menyediakan laporan kewangan setelah tahun kewangan berakhir kurang membantu syarikat dalam memantau operasi perniagaan semasa.
Kini, dengan adanya pelbagai software perakaunan di pasaran yang user friendly, anda boleh mengupah pekerja yang mahir di dalam bidang perakaunan untuk menggantikan tugasan akauntan tersebut.
Mampu menggajikan pekerja akaun adalah satu langkah yang penting bagi memastikan urusan harian syarikat berjalan dengan lancar. Ini kerana tugasan jabatan perakaunan adalah sangat rumit dan memerlukan masa yang banyak supaya dapat mencapi 5 matlamat penting ini:
1. Dokumentasi percukaian dapat disediakan dengan lebih lengkap berbanding mengumpulnya hanya pada akhir tahun
2. Syarikat mampu untuk mengesan segala kebocoran dalam bisnes dengan lebih pantas
3. Ini juga dapat memastikan syarikat boleh mengubahsuai perancangan strategik sesuai dengan data kewangan yang ada
4. Pekerja lebih memahami bagaimana syarikat beroperasi berbanding akauntan luar
5. Memudahkan syarikat mengawal perbelanjaan syarikat dari semasa ke semasa
Walaubagaimanapun, sekiranya anda belum mampu lagi menggajikan pekerja sepenuh masa anda mempunyai pilihan untuk menggunakan antara 2 pilihan ini iaitu melantik juruaudit atau menyediakan laporan kewangan anda sendiri menggunakan software perakaunan yang ada.
Apa yang penting adalah, laporan kewangan syarikat dapat disiapkan dengan betul dan tepat pada masanya supaya auditor ada masa yang cukup melakukan proses audit sebelum syarikat boleh menghantar borang cukai pula
No comments:
Post a Comment