Apabila anda menubuhkan syarikat Sdn Bhd, anda adalah juga pemegang saham syarikat. Pemegang saham dan pengarah syarikat boleh menjadi individu yang berbeza dan boleh jadi individu yang sama.
Pemegang saham juga dikenali sebagai pemilik syarikat.
Bezanya pemegang saham tidak menerima gaji setiap bulan, hanya pengarah menerima gaji. Pemegang saham akan menerima dividen setiap tahun bergantung kepada prestasi perniagaan semasa yang dilaporkan di dalam penyata kewangan
Fakta: Sebuah syarikat Sdn Bhd boleh mempunyai 50 orang pemegang saham
Walaupun pemegang saham tidak mempunyai peranan di dalam mengendalikan syarikat, tetapi mereka mempunyai hak untuk:
1. Mencadangkan pengarah untuk mesyuarat pemegang saham untuk membincangkan hal perniagaan
2. Mempunyai kemampuan untuk menimbulkan keraguan dan pertanyaan terhadap keputusan yang dilakukan oleh pengarah
No comments:
Post a Comment