Monday, March 21, 2022

Struktur - Pengarah

Kebiasannya SME di Malaysia, menamakan pengarah dengan dirinya sendiri. Maknanya, sebagai seorang pengasas, dia juga adalah pemegang saham dan pengarah syarikat.

Ada juga keadaan pengarah ini dilantik oleh pemegang saham atas pelbagai alasan seperti nama disenaraihitamkan atau muflis ataupun ada sebab-sebab yang lain.

Lantikan ini boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu sewaktu anda mengisi borang penubuhan syarikat, ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) dan pada bila-bila masa dirasakan ada keperluan.

Anda boleh melantik sesiapa yang anda kehendaki sebagai pengarah syarikat bagi menguruskan syarikat, asalkan beliau layak. Antara kelayakan sebagai seorang pengarah adalah:

1. Berusia 18 tahun ke atas

2. Bermastautin di Malaysia dan mempunyai tempat tinggal di Malaysia

3. Tidak muflis atau disenaraihitamkan

4. Tidak melakukan kesalahan jenayah

Pengarah yang dilantik juga hendaklah mahir dan berpengalaman dalam mengendalikan syarikat agar dapat memastikan 3 peranan utama nya dapat dijalankan dengan baik iaitu:

i. Mampu mengurus tadbir syarikat mengikut visi dan misi syarikat yang ditetapkan

ii. Sentiasa bertindak atas kepentingan syarikat dan bukan kepentingan peribadi

iii. Menjalankan amanah yang bersangkutan dengan pematuhan seperti mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), menyediakan laporan kewangan tahunan, menyediakan dan menyerahkan laporan tahunan (Annual Return) kepada SSM, melantik juruaudit pertama, melantik setiausaha syarikat yang kompeten dan membentangkan laporan kewangan syarikat di AGM

Antara jawatan yang berkaitan dengan pengarah adalah Pengarah Urusan, Pengarah Operasi dan Pengarah Kewangan 

Oleh sebab itu, jika anda mahu menubuhkan Sdn Bhd dan andalah pengarahnya, pastikan anda jelas dengan peranan dan tanggungjawab ini bagi memastikan visi syarikat tidak tersasar dan syarikat boleh berkembang dengan lebih mudah.


No comments:

Post a Comment

Akauntan VS Auditor

Jika dulunya anda berbisnes Enterprise, akauntan sahaja sudah mencukupi untuk anda membuat persediaan menghantar borang cukai setiap tahun. ...