Saya dah lama ada Sdn Bhd, tapi saya tidak tahu nak buat apa
Saya daftar Sdn Bhd semasa ada harga promosi, tapi bisnes tak jalan dah 3 tahun
Orang kata Sdn Bhd lagi jimat cukai, tapi kenapa mahal dari cukai Enterprise saya
Banyaknya penalti!
Macam-macam kena buat, menyesal saya buka Sdn Bhd
Ini adalah sebahagian daripada pelbagai aduan dan rungutan yang kami terima daripada student-student kelas kami sebelum ini
Sekiranya punca daripada kegagalan ini dapat dikenalpasti, sudah tentu menguruskan syarikat ini lebih mudah dan tenang
Dapat kami simpulkan daripada perbincangan antara mereka, 3 punca tidak berjayanya Sdn Bhd ini pada kali pertama adalah kerana:
Bakal pengarah tidak mendapatkan ilmu persyarikatan yang cukup sebelum mendaftarkan Sdn Bhd. Mereka hanya melihat kepada "gah" nya memiliki sebuah syarikat berbanding ilmu menguruskan syarikat yang sebenar
Keduanya adalah masih membawa mentaliti "bisnes koboi" sepertimana yang sering dilakukan ketika mengurus Enterprise. Jika Enterprise dahulu, tiada siapa yang akan semak dan tegur melainkan bisnes anda di audit oleh LHDN tetapi bagi syarikat Sdn Bhd ada pihak-pihak yang memantau dan menasihati berkaitan pematuhan untuk memastikan anda mematuhi setiap tanggungjawab
Ketiganya pula adalah dari segi kekangan modal. Sebelum membuat keputusan menubuhkan Sdn Bhd pastikan anda sudah membuat belanjawan yang terperinci paling kurang untuk minima satu sehingga 3 tahun. Ini kerana, tidak kira bisnes anda sudah berjalan atau pun tidak, kos-kos overhead dan juga pematuhan tetap perlu dibayar
Walaubagaimanapun cabaran, jika anda mempunyai matlamat dan misi yang jelas, Sdn Bhd akan menjadi batu loncatan kepada kejayaan perniagaan anda.
No comments:
Post a Comment