Mengikut data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terdapat lebih 10 juta syarikat dan perniagaan telah didaftarkan sehingga Februari 2022 yang lepas. SSM adalah badan berkanun yang mengawalselia aktiviti penubuhan syarikat dan pendaftaran perniagaan di Malaysia.
Selain itu, mereka juga berperanan dalam membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan anda kepada orang awam melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan.
Syarikat atau perniagaan yang dimaksudkan adalah Milikan Tunggal, Perkongsian, Sendirian Berhad (Sdn Bhd) dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Kesemua kategori perniagaan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan diuruskan dengan prosedur yang berbeza.
Ringkasnya, setiap kategori perniagaan adalah berpandukan kepada jenis akta yang berbeza. Untuk Sdn Bhd, dahulunya di bawah Akta Syarikat 1965 dan setelah sekian lama ianya diperbaharui dengan pelbagai perkara baru dan diletakkan di bawah Akta Syarikat 2016.
Di dalam ebook ini, kita tidak akan membincangkan lanjut berkenaan akta tetapi secara keseluruhan bagaimana Sdn Bhd ini berfungsi dan cara pengurusannya.

No comments:
Post a Comment