Monday, March 21, 2022

Proses Penubuhan Sdn Bhd

 Anda mempunyai dua pilihan untuk menubuhkan syarikat Sdn Bhd:

1. Sendiri

2. Melalui Setiausaha Syarikat berlesen

Sekiranya, anda memilih untuk menubuhkan syarikat sendiri, anda boleh melakukannya secara dalam talian melalui laman web MYCOID - https://mycoid2016.ssm.com.my/

Pastikan anda mendaftar sebagai user sebelum login masuk. 

Panduan MYCOID - https://mycoid2016.ssm.com.my/document/MyCoID2016_User_Manual.pdf

Tetapi sekiranya anda menubuhkan syarikat melalui Setiausaha Syarikat, anda hanya perlu memberikan 5 maklumat ini dan mereka akan mendaftarkan bagi pihak anda

1. Cadangan 3 nama syarikat

2. Aktiviti perniagaan yang dijalankan (min 1 hingga 3)

3. Maklumat pengarah syarikat seperti nama, nombor telefon, alamat, emel dan salinan kad pengenalan (minimum 1 nama pengarah)

4. Nama bank untuk membuka akaun bank bisnes

5. Maklumat pemegang saham sekiranya ia berlainan daripada maklumat pengarah

Kebiasannya fi pakej yang dikenakan untuk penubuhan syarikat Sdn Bhd oleh Setiausaha Syarikat ini adalah di antara RM1,800 sehingga RM2,500 dan ada juga yang menawarkan harga yang lebih rendah atau yang lebih tinggi daripada harga pasaran ini

Sebelum anda membuat apa-apa keputusan, pastikan anda lihat dahulu maklumat terperinci apa yang ditawarkan berdasarkan kepada harga pakej tersebut

Ada tawaran pakej yang murah tetapi cadangan nama dan bilangan yang terhad.

Ada juga tawaran pakej yang mengasingkan beberapa bayaran lain untuk nampak fi mereka murah dari orang lain seperti:

1. Bilangan cadangan nama

2. Bilangan pengarah dan pemilik saham

3. Bayaran fi kepada SSM bernilai lebih RM1,000

4. Resolusi pengarah untuk buka akaun bank bisnes

5. Bilangan set lengkap borang-borang SSM beserta salinan diakui sah

Menubuhkan Sdn Bhd secara sendiri atau melalui Setiausaha Syarikat tidak banyak perbezaan, selain daripada adanya fi tambahan. Baiknya, penubuhan melalui Setiausaha Syarikat adalah lebih selamat, lengkap dan pastinya "stress-free" kerana mereka sudah berpengalaman luas dalam mendaftarkan beratus-ratus atau beribu-ribu syarikat Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment

Akauntan VS Auditor

Jika dulunya anda berbisnes Enterprise, akauntan sahaja sudah mencukupi untuk anda membuat persediaan menghantar borang cukai setiap tahun. ...