Kini, tren pemilik Enterprise menubuhkan Sdn Bhd semakin meningkat. Ada pelbagai sebab, mengapa mereka ini membuat keputusan sedemikian
Tetapi adakah tren ini dilihat sihat atau sebaliknya. Tepuk dada, tanya diri kita sendiri
Mengapa anda mahu menubuhkan Sdn Bhd dan menutup Enterprise
Di antara sebab utama, mereka ini menubuhkan Sdn Bhd adalah boleh disimpulkan dengan 3 fasa utama ini iaitu
Fasa Berkembang
Bisnes Enterprise anda semakin dikenali dan bakal mendapat kontrak besar daripada kerajaan, contohnya. Apabila amaun kontrak tersebut besar, maka risiko bisnes juga bakal menjadi lebih besar daripada biasa kerana modal sumbangan yang tinggi.
Dengan adanya Sdn Bhd, sekiranya ada perkara yang tidak diingini seperti hutang yang tidak mampu dilangsaikan oleh kerana keadaan ekonomi negara yang tidak baik, hanya syarikat sahaja yang akan terlibat dan Pengarah masih lagi boleh meneruskan kehidupan.
Fasa Kematangan
Fasa Kematangan
Anda semakin berusia, anak pun sudah menamatkan pengajian di Universiti, bisnes Enterprise pun semakin stabil dan mampu berjalan sendiri. Ini adalah waktu yang sesuai untuk "berpindah" ke Sdn Bhd
Supaya bisnes boleh lebih berkembang di tangan anak muda, pelapis baru. Di samping itu, anda sebagai pengerusi syarikat akan memantau supaya perjalanan bisnes di atas landasan yang betul dan tidak tersasar daripada matlamat asal bisnes
Fasa Terpaksa
Fasa Terpaksa
Terdapat sesetengah "nature of business" yang mempunyai margin untung yang tinggi. Ini menyebabkan syarikat perlu menanggung cukai yang tinggi jika masih berada di bawah kategori Enterprise.
Apabila anda kenal bisnes anda dan tahu angka bisnes, keputusan untuk berubah ke Sdn Bhd akan menjadi lebih mudah dan senang untuk berkembang
No comments:
Post a Comment